WHAT'S NEW?
Loading...

Save Palestine

 

Cuba anda perhatikan gambar di atas ni betul-betul,cuba anda bayangkan apa perasaan diorang masa tu.Semestinya diorang merasa amat takut, sedih, letih dan bermacam-macam lagi perasaan yang timbul.Tapi dilubuk hati mereka,mereka tetap teguh perjuangankan islam.Alangkah beruntungnya kita dapat hidup di bumi yang aman ini.kita patut bersyukur dan mempertingkatkan iman kita pada Allah S.W.T .Sebagai saudara sesama Islam,gua rasa terpanggil untuk membuat post berkenaan isu palestine ini.


“….(tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan pembelaan agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah terikat perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan” (Al-Anfal:72)
 

Sungguhpun gua tidak mampu berjihad seperti mana mereka berjihad tapi gua cuba untuk berjihad untuk membantu mereka sedaya yang gua mampu.Siapa lagi akan membantu untuk mereka kalau bukan kita sesama islam.Bertapa peritnya perasaan seorang budak yang masih kecil itu yang patut masanya di isi dengan
belajar dan bermain.Tapi malangnya,ia terpaksa bersembunyi daripada puluhan ribu peluru dan bom yang tidak kenal tua atau muda.

 

Sebagai saudara islam yang daif gua hanya mampu berdoa dari jauh memohon kesejahteraan dan keselamatan umat islam di palestine.Memandangkan gua punyai blog gua cuba sebarkan isu ini moga dapat diperhebakan lagi isu kekejaman rejim zionis dan golongan kuffar yang memerangi Islam dan juga memboikot sebaik mungkin barangan Yahudi.Sama-samalah kita boikot baranganYahudi yang digunakan untuk membeli keperluan untuk mereka berperang.
 
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)” (Al-Baqarah:195)


      

      ” ya Allah selamatkanlah Umat Islam di Palestine dan diserata dunia…”

2 comments: Leave Your Comments